Photo:

jaax

linkcollider

LinkCollider - Free SEO Tools Plus Social Media Sharing

Selasa, 27 November 2018

BUSINESS ONLINE

KENAPA PERLU BERNIAGA ONLINE???



1. Pendapatan tambahan.


Bagi ramai, sebab utama memulakan perniagaan online adalah untuk menjana pendapatan tambahan. Perniagaan online adalah satu pilihan yang baik oleh kerana ianya boleh dilakukan secara sambilan.Salah satu maanfaat perniagaan online adalah, ianya mudah dan pantas untuk mulakan. Dan untuk mendapat pulangan juga pantas, tidak seperti memulakan perniagaan yang mempunyai premis atau kedai.


2. Ianya fleksible.


Dengan hanya smartphone, perniagaan online boleh dijalankan di mana-mana sahaja. Kini, terdapat pelbagai perisian dan app yang membolehkan anda menjalankan perniagaan seperti promosi, menjawab soalan pelanggan, memeriksa pesanan, dan banyak lagi dengan hanya menggunakan telefon pintar. Ertinya, perniagaan internet boleh dijalankan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

3. Kos rendah


Memulakan perniagaan yang mempunyai premis dan kedai fizikal pastinya memakan kos yang tinggi. Sewa, renovation, membayar bil dan pekerja akan memakan berpuluh ribu ringgit. Memulakan perniagaan online? Dengan hanya beberapa ratus ringgit sahaja anda dapat membeli dot com anda sendiri (.com). Facebook percuma. Instagram percuma. You Tube juga percuma. Apa yang anda perlukan tidak semestinya modal yang besar, tetapi anda perlukan ilmu berniaga di internet!

4. Mudah untuk dimulakan


Ramai antara kira mengamalkan internet sebagai sebahagian besar gaya hidup kita. Kita sering mendapat berita di Facebook, ramai yang menggunakan instagram, kita sering menonton YouTube, mencari maklumat pula menggunakan Google. Mengapa tidak gunakan platfom yang kita sedia tahu dan fahami untuk menjana pendapatan pula? Oleh kerana kita sudah sedia menggunakan internet setiap hari, mempelajari cara menjana pendapatan di internet melalui perniagaan adalah lebih mudah berbanding dengan membuka kedai, yang mungkin kita langsung tiada pengalaman.


5. Kebebasan membuat pilihan


Adakah ianya terlewat sekiranya kita ingin mulakan perniagaan? Jawapannya tentulah tidak. Menurut Wall Street Journal, mereka yang memulakan perniagaan berumur 39 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian berjaya dalam perniagaan 5 kali ganda lebih berbanding dengan mereka di bawah umur 30-an. Ramai antara kita mempunyai matlamat dan niat untuk mulakan perniagaan tetapi, merasakan ianya terlewat oleh kerana umur. Perniagaan internet membolehkan anda bebas membuat pilihan. Anda boleh memulakan perniagaan yang anda idamkan pada bila-bila masa sahaja. Pilihannya di tangan anda. Sama ada anda mahu ataupun tidak.

6. Pantas mendapat keuntungan


Dibandingkan dengan mempunyai kedai, ianya lebih pantas menjana keuntungan melalui perniagaan internet. Oleh kerana kos memulakan perniagaan internet adalah rendah, tambahan kos overhead perniagaan Internet juga rendah, untuk menjana keuntungan, ianya lebih mudah dan pantas. Bandingkan sekiranya kos memulakan perniagaan adalah RM30,000 berbanding dengan kos memulakan perniagaan online yang boleh bermula pada RM300. Yang mana satu anda dapat cover cost anda dengan lebih pantas?

7. Tidak perlu berjumpa pelanggan


Bagi saya, satu ketika dulu, ini adalah satu kebaikan. Sebabnya adalah, saya seorang yang sangat pemalu. Malu untuk menjual, malu untuk berjumpa pelanggan, sehingga malu nak sebut harga barang yang dijual pun ada! Lagi pun sekarang adalah musim COVID 19.. Apa lagi pilihan yang ada??? Oleh yang demikian, maka perniagaan internet adalah terbaik untuk anda!

8. Kebebasan masa


Tidak seperti 20 tahun lalu, matlamat saya ketika muda adalah ingin menjadi seorang jutawan. Alhamdulillah, ianya tercapai ketika berumur 25 tahun. Namun, kini berkeluarga dan 4 orang anak yang kian membesar, matlamat bukan lagi dari segi material. Tetapi ingin lebih masa bersama keluarga. Tidak terikat dengan kerja 9 pagi hingga 5 petang. Boleh bersama mereka pada bila-bila masa sahaja, dan kebebasan kewangan membolehkan melakukan apa yang ingin dilakukan bersama keluarga.

Perniagaan internet memberi pulangan yang tidak dapat dijual beli, iaitu kebebasan masa bersama mereka yang tercinta!


Artikel ini dikreditkan kepada IrfanKhairi.com

Untuk maklumat lebih lanjut boleh lawati: KLIK CDEESHOPPE

Tiada ulasan: